Tuesday, 23 October 2012

Sejarah SK Matang Jaya



Rencana sementara untuk bacaan anda semua.
    
 Sk Matang Jaya mula beroperasi sejak 1 Januari 1997 dengan hanya 25 kakitangan pengajar yang diketuai oleh guru besar yang pertama, Encik Awang Adruss B. Awang Ramlee.
Jumlah pelajar pada masa itu ialah 383 yang terdiri daripada sekolah-sekolah jiran yang juga tinggal berdekatan seperti Taman Matang Jaya, Taman Yen Yen, Syn Syn dan Taman Won.Guru besar yang telah menjawat jawatan sebagai pengetua sekolah adalah En. Awang Adruce b. Awg. Ramlee (1997-1998) , En. Affendi Bol (1998-2001) , En. Ajol Aman (2002 - 2004) ,  En.Shazali haji Rosdi (2004 - 2008) , En. Sharkawi (2009-sekarang)


Sebelum Sekolah Menangah Kebangsaan Matang Jaya Dibuka dengan rasmi nya,pelajar SMKMJ pernah menumpang SKMJ buat sementara waktu dari 5 Januari 2004 hingga 24 Januari 2004.


Sebagai sebuah sekolah rendah Gred B, Sk Matang Jaya telah berjaya menjadi sekolah yang cemerlang melalui bantuan dari guru-guru yang berdedikasi dan kemudahan yang mencukupi.


"Matang dan Berilmu" bermaksud "Yang Matang dan Berpengetahuan" telah dipilih sebagai moto sekolah iaitu adalah kunci inspirasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Dengan kehendak Allah, sekolah akan dapat melahirkan lebih ramai intelektual mewarisi kepimpinan negara pada masa akan datang.


No comments:

Post a Comment